Mar 22, 2006

::sebentar...

5.46 am

Masih di meja belajar. Belum mampu nak melelapkan mata. Jika ikut kepala, mungkin sambung tidur seusai Subuh aja..dan terus ke tengahari yang bakal tiba. Itu kepala.

Sempat menghabiskan VCD sepanjang malam. Cerita Korea. Dulu pernah terluah bahawa tiada apa yang dapat memikat hati untuk menonton kisah dari sana. Kini...

Mungkin bisa defend diri "aku lihat sekadarnya"+ Masih mampu makan dan minum jika tak menyaksikan tiap adegan..'yang bisa meruntun jiwa'..bla..bla..

Apa aja yang lain antara kisah Korea dengan kisah kita di Malaysia ya? Hem..sedang Hollywood kini saling selar menyelar tentang kualiti filem mereka, dan kita di sini...serupa juga.

Fikirku, di Malaysia lagi teruk. Orang saling mem'bunuh', cetak rompaknya, karyawan sama telingkah. Di depan mata. Namun, limitasi masih di ranking pertama. Jika sebantal dengan Erra Fazira jua, aku takkan ketahuan segalanya. Mungkin.

Lupekanlah. Pagi-pagi begini, bermacam terlintas di kepala..

Apa aja yang 'paling terbetul' dalam dunia sekarang ini??

Jika dikata kehidupan di dunia ibarat roda, kiasannya bukan lagi seperti dulu agaknya. Iya, dulu mungkin bermaksud: "nasib seseorang itu ada turun naiknya. Ada masa susah dan senang"

Kini, kalau dah kata roda..maksudnya "hidup memang tiada ketetapan. Huru dan hara"

Ibarat tersepit di roda dunia..penyek di jalan yang dilalui, silap-silap terkena najis. Hum..najis yang melata.

Najis??

Tiada siapa yang akan mengaku jika najis telah dilepaskan di situ..atau di mana-mana. Nilai nak masuk toilet pula makin mahal. Hem..jika anda buka Kosmo, akan pasti terselit sesuatu di ruangan SMSnye: ada orang tak puas hati dengan harga masuk jamban di "...."

Banyaknya isu. Bermula cuma dari kiasan sebuah roda.

Kala ini, 21 Mac 2006:

Apa agaknya yang sedang berlaku di KLCC, Lorong Hj Taib, Plaza Melaka Raya...serata dunia? Pasti ada sesuatu sedang terjadi...tanpa aku dan kita semua tahu. Dan..rakyat Malaysia yang sedang berjuang di Melbourne: Apa khabar mereka agaknya?

6.09am-I'tiraf-Raihan.

"Ampunkan dosaku terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar. Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai. Dengan rahmatMu, ampunkan daku Oh Tuhanku. Wahai Tuhan, selamatkan kami ini. Dari segala kejahatan dan kecelakaan. Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu.."

~atas ihsan pemberi 'aqal..

No comments: